Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Batuan_Tengah

Batu ini bersama Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dan batu yang lain yang dikenali sebagai Tubir Selatan menjadi subjek pertindihan tuntutan wilayah antara Malaysia dan Singapura. Bagi Batuan Tengah dan Tubir Selatan, pertindihan terjadi semasa Singapura menuntut kedua-dua perairan tersebut pada 1993. Kedua-dua negara Asia Tenggara ini menyetujui untuk membawa isu tuntutan bertindih ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2003 dan diperdengarkan pada 2007. Mahkamah mengumumkan keputusan 15-1 ke atas Batuan Tengah yang diserahkan kepada Malaysia sementara Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) kepada Singapura. Status Tubir Selatan masih dalam penentuan.[1]